Assalamualaikum,
Hajimemashite (Salam Perkenalan). Nama saya FiezaMama.
(Kenapa? Mungkin sebab saya dah ada anak dua)
Blog ini saya dedikasikan kepada para pembaca dari segi kesihatan dalaman dan luaran.
Diam tak diam dah lama sebenarnya saya didedahkan pada kepentingan menjaga kesihatan sejak kecil lagi. Ibu saya sering memakan supplement tambahan seperti Vitamin C, Vitamin D, Calcium, B-Complex dsb. Selama ini saya tidak begitu mengambil berat tentang supplement tambahan (additional supplement). Tetapi, semakin kita
Macam karangan? Kadang-kadang saya gemar menggunakan bahasa Inggeris dalam penulisan saya.
Tambahan pula, saya berkahwin dengan suami saya yang tidak langsung ada pendedahan tentang supplement tambahan, kesihatan dalaman dan luaran dsb. (bukan nak kata pengotor, tapi kurang pendedahan sahaja)
Saya pernah membelikan ibu mertua saya vitamin C dan B-Complex semasa dia demam dan pening-pening (Ibu mertua saya ada tekanan darah rendah) Kesannya amat memeranjatkan. Dia lebih bertenaga dna tidak pening-pening lagi. Orang kata, penangan supplement tambahan. Ibu mertua saya yang tidak pernah langsung mengambil supplement tambahan dapat merasakan kesan yang paling hebat seolah-olah diberikan "bortox".. hihih
Jadi, saya berharap sedikit sebanyak perkongsian saya dan rakan-rakan saya dalam Blog ini dapat membantu mereka yang mengahadapi masalah kesihatan, Insyaallah. Yang dah sihat tu, kita tambahkan lagi kesihatan kita, suami dan anak-anak. Saya pasti dengan kesihatan yang mantap, kita dapat meningkatkan lagi ibadat kita kepada Allah SWT, Insyaallah.
Soredewa, Mata! (Dengan itu, Jumpa Lagi!)

No comments:
Post a Comment